Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 8, 2010

Kisah 5 Perkara Aneh


Baca cerita ni best saja nk share :

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatuketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabiyang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yanghanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, padasuatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkaudikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkaudikehendaki berbuat:-1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,2. Engkau sembunyikan,3. Engkau terimalah,4. Jangan engkau putuskan harapan,5. Larilah engkau daripadanya."Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke baratdan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarnahitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakanpertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidakdapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untukmemakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan dirisehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya laludisuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengansebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supayadisembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkanmangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas ituterkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kaliberturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia punmeneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itukeluar semula dari tempat ia ditanam.Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helangsedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecilitu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambilburung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantasburung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "WahaiNabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitutidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untukmenyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untukmengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikankepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang danburung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudiandia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia punbergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkanhidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabike rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yangdiberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jikabersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu punakan menjadi lebih manisdaripada madu.2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetapakan nampak jua.3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatkepadanya.4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demimembantu kepadanya meskipun kausendiri berhajat.5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Makalarilah dari orang-orang yangsedang duduk berkumpul membuat ghibah."Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam dirikita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupankita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialahmengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata halorang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akanmenghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhiratnanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidakpernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahalayang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngatatentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yangkita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kitasendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupunia benar.

No comments: