Perjalanan Kehidupan Seorg Isteri Menjalankan Tanggungjwbnya dan Seorg Ibu Kpd Seorg Putera Bernama Aidil Afif Daniel.........
Monday, November 15, 2010
Bunga
Tuesday, July 27, 2010
Aidil
Monday, June 14, 2010
1 Rejab
nasib ada my MIL bleh gak buat2 teman aku pose ni,
bleh cpt ckit habis pose ganti ni coz kita pon dh dekat ngn pose ni,
adeh tp xlarat btul la kalo mula2 pose ni....
tgh duk pk apa aku nk masak hari ni tuk berbuka,
my MIL ajak my hubby pose skali, ermm tp haram la dia tu,
pose yg wajib pon menggeletar nk habiskan sbln,
sbnye hanya krn ketagih rokok,
cm ne la nk bg hubbyku tu benti merokok,
skang bila aku dh xlarang n tak bising2 dia smoking,
mak aiiii makin menjadi2 plak
aku ni mls dh sbnarnya nk bising2 hal rokok dia tu,
pandai2 lah hubbyku yer pk.....
Saturday, June 5, 2010
Aku perlu kuat...
Allah bg pd ku hanyalah krn Dia menyayangiku supaya aku menjadi manusia
yg lebih kuat walaupun kadang2 setiap dugaan yg diberikanNya itu tidak langsung
aku mampu untuk hadapinya aku ingt dlm ayat Al-Quran Allah pernah bersabda tp aku lupa
ayat mana tp seingat aku ayat dia lebih kurang cm ni la "setiap dugaan yg diberikan
kepada seseorg itu, seberat mn sekalipun adalah mengikut kemampuan org yg menerimanya itu juga", lebih kurang cm gitu la,nnt la aku cr blk ayat tu then aku betulkan blk.....
so ayat itu lah yg akan menjadikan aku kuat tuk ingt walaupun aku rs berat nk hadapi,
tp aku pasti boleh hadapi dan kerana Dia menyayangiku lah dia berikan aku dugaan....
Tp kadang2 aku rs mahu mengalah dlm hidup ni, rs mcm tak mahu teruskan lg...
apa sebenarnya yg terbaik untukku dan apa yg sebenarnya hikmah disebalik semua yg terjd...
apa????????????????????????????
aku sedih.......
hanya seorg yg mampu mengembirakan aku tp dia tidak mengetahuinya yg dia mampu menggembirakan aku......
adehhhh beratnya hati ni.....
sob sob sob
Wednesday, April 14, 2010
Tersentuh hatiku bila terbaca pasal ibu bapa ni
Sama2 lah kita ambil iktibar dr tazkirah yg penuh dgn makna ini...
Kasih ibu bapa sekalung budi abadi
Bersama Dr Juanda Jaya
RASULULLAH menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: “Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.”
Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.”Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.
Kasih sayang ayah dan ibu adalah hutang yang tidak pernah dapat dibayar oleh seseorang anak. Namun ramai anak yang cuba mengungkit setiap pemberian mereka kepada kedua-dua orang tua. Tindakan sebegitu pasti amat melukakan hati kedua-duanya. Tidakkah mereka sedar kehidupan yang dikecapi sekarang bermula daripada setitis air mani ayah dan keredaan seorang ibu menanggung derita dalam kehamilan. Jika dapat dihitung segala jasa mereka, sungguh dunia dan seisi ini takkan mampu membayar balik jasa mereka.
Pada suatu hari, ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan. Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?” Ibnu Umar menjawab:“Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”
Bagaimana dengan berjuta nafas yang dihirup oleh seorang ibu demi bayi di dalam rahimnya? Sentuhannya, dakapan dan titisan air susunya? Sanggupkah kita membayar semua itu? Berapakah harga setiap suapan hasil titik peluh ayah? Harga didikan adab dan ilmu yang diajarkan kepada kita sehingga menjadikan kita mulia di mata manusia?
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian tiga perkara dan membenci tiga perkara: Ia mengharamkan derhaka kepada ibumu, membunuh anak perempuan, tidak mahu memberi tapi suka meminta. Ia membenci tiga perkara: Banyak bercakap kosong, banyak bertanya,†Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Dr A’id al-Qarni ketika membahaskan mengenai hadis di atas berkata: Perbuatan derhaka kepada ibu dan ayah adalah seperti memutuskan daripada menziarahi kedua-duanya, tidak memberikan nafkah kepada mereka sedangkan mereka berhak mendapat nafkah, menyakiti hati mereka dan tidak memenuhi hak mereka.
Tiada siapa yang mahu dikatakan dirinya anak derhaka. Tetapi tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh seseorang anak itu adalah gambaran zahir yang tidak dapat disembunyikan. Pandangan manusia boleh menilai walaupun sifatnya subjektif. Apatah lagi pandangan Allah, siapakah yang boleh menyembunyikan aibnya? Penderhakaan itu akan membekas di hati ibu bapa dan akan dibawa sampai ke mati. Tentunya kita tidak sanggup melihat keadaan ini.
Ada yang berpendapat bahawa semua itu adalah akibat salah ibu bapa mendidik. Tetapi bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu memilih yang benar dan salah? Untuk apa akal dan hati yang Allah cipta dan kurniakan jika bukan untuk memujuk ego supaya tunduk pada ajaran yang hak?
Ada pula yang berani berkata: “Atas sebab ibu bapa derhaka kepada anak, maka anak pun membalas!” Hati jenis apakah yang sanggup membalas kekhilafan ibu bapanya dengan kejahatan dan dendam? Maknanya jika ibu menampar wajah anak, anak pula berhak membalas tamparan itu ke wajah ibunya?
Kalau memang ibu bapa itu jahat, apakah mereka akan membiarkan diri kita hidup dari dulu lagi. Mereka boleh melepaskan tanggungjawab jika mahu. Mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit, maka kebaikan yang terlalu banyak dilupakan?
Ibu bapa kita adalah sumber kekuatan diri kita. Iman tidak sempurna jika kita mencalarkan kebeningan hati mereka. Di tengah kesibukan dunia yang menenggelamkan hati dan perasaan anak, ada satu masa anak pasti berasa terseksa iaitu apabila dia mengingat kembali pelukan dan ciuman kasih ayah ibunya tetapi tiada peluang baginya untuk memohon ampun kepada kedua-duanya.
Kembalilah kepada mereka dengan hati yang ikhlas, sebelum segala berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat. “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayah ibumu”! Satu prinsip yang diajar oleh Rasulullah sebagai ingatan bahawa kebahagiaan anak itu bermula daripada hati ibu bapa yang reda.
INTI PATI
Tanggungjawab anak
- Anak perlu menjaga hati ibu dan ayah yang banyak berkorban membesarkan mereka
- Allah menjadikan manusia dengan tanggungjawab. Ketua keluarga mendidik zuriat untuk kesejahteraan di dunia dan akirat. Anak pula perlu kepada arahan orang tuanya yang tidak bercanggah dengan hukum Allah
- Jagalah kehidupan orang tua sendiri selagi hayat di kandung badan. Jasa mereka adalah hutang anak sepanjang hayat
- Sikap derhaka amat keji dan boleh merosakkan jiwa. Anak perlu matang bertindak terutama berkaitan hubungan dengan ayah dan ibu
- Redakan kesilapan sedikit ibu dan ayah, kerana sumbangan mereka membesarkan anak mengatasi segala-galanya
Tuesday, March 30, 2010
Trip to Kota Kinabalu Sabah
Thursday, February 25, 2010
Kisah Bunga
tp lately aku macam addict plak nk hias rumah dgn bunga bungaan
hahaha....
b4 semlm aku beli bunga yg xpenah2 terpikir nk habiskan duit tuk semata2 that flower
tp aku sanggup kuarkan duit for that..
tp b4 smlm tu aku dh beli byk bunga yg biasa2 coz pasu kecik2 byk org hadiahkan
tp smlm aku kuarkan 70 hinggit tuk beli bunga n pasu je...aduhaiiiii
layan je la bunga2 tu jap lg
tp aku mcm blom puas lg beli bunga2 ni plak...
weekand ni nk ajk my hubby g cr..
yg dh beli b4 this sume pandai2 aku je...
then masuk pasu pon main masuk je xde hias2 or deco2 pon just put like that only..
kelakar la aku ni xde seni n xde jiwa perempuan langsung...
ni br sikit nk masuk jiwa kepermpuanan nih kecoh dgn bunga lak...
mcm klakar plak aku tiba2 layan bunga nih.....


