ermm dlm entry smlm ada inform pasal aku nk share ayat dr firman Allah yg mengatakan anak n harta kita tu hanyalah ujian semata2, so kalo korang berkesempatan tgk la blk Al-Quran, Surah 8 Al-Anfal ayat 28 bermaksud: Dan ketahuilah bahawa HARTA benda kamu dan ANAK2 kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya disi Allah jualah pahala yang besar...huhu so apa sahaja dugaan yg menimpa kita berkenaan harta benda kita, anak kita anggaplah ia ujian semata2 dr Dia yg maha Esa yg menyanyangi kita dgn ujian2 itu...dlm duk recall2 blk nk cr ayat n surah mn mengenai perkara diatas tu, aku terbaca lg satu surah ni quite interesting juga, surah 9 At-Tawba ayat 24 yang bermaksud: katakanlah (wahai Muhammad) : "Jika bapa2 kamu dan anak2 kamu dan saudara2 kamu dan isteri2 (atau suami2) kamu dan kaum keluarga kamu & harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih drpd Allah dan RasulNya dan (drpd) berjihad untuk UgamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); krn Allah tidak akan memberi petunjuk kpd org2 yang fasik(derhaka)....ermmm bila baca2 belek2 blk Quran ni aku terasa rindu sgt kt tempat keje lama aku dlu, tiap2 pg khamis ada tazkirah baca quran or kita pilih topic2 then buat reseach ckit dlm quran relate2 then bg idea masing2, bcoz of that la aku jd byk tahu pasal Quran ni, n from that actually mmg btul kata Allah Al-Quran tu la petunjuk yg sebenar-benarnya, jgnla sekali kali2 kita mencari sesuatu yg lain selain dr Al-Quran...amin cukuplah dlu tazkirah ku kali ini....next time aku share lg yer...
No comments:
Post a Comment